Ciri-Ciri Seorang Insan Yang Berjaya Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya ataupun tidak. Antara ciri-ciri insan yang berjaya dalam hidup adalah :- 1. Berilmu dan Cintakan Ilmu Pengetahuan Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia oleh orang lain kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Dengan ilmu seseorang itu akan berjaya didunia dan juga akhirat. Ciri-ciri individu yang berjaya mereka sangat cintakan ilmu pengetahuan kerana mereka tahu dengan memiliki ilmu hidup mereka lebih berjaya. Cara untuk mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca kerana membaca ilmu pengetahuan seseorang itu akan semakin bertambah. 2. Yakin Dengan Diri Sendiri Setiap orang mempun